Muzik Interaktif

Thursday 26 April 2012

Jom masuk kampung..

Pada 16-19 April yang lalu, para peserta DPI telah berpeluang menguji ketahanan fizikal dan mental dalam usaha menyebarkan dakwah di Perkampungan Orang Asli Kampung Ganoh, Bukit Ibam, Muadzam Shah Pahang. Moh koi tunjukkan..



Wajah-wajah ceria ketika tiba di perkampungan tersebut

Sesi kelas masakan bersama kaum ibu

Para peserta bergambar kenangan bersama penduduk kampung, Bahagian Dakwah JAKIM, JAIP, Penggerak Orang Asli Muadzam Shah dan JAKOA 

Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah..


MalamKesenianIslam9


Nasyid, pentomen, drama, marhaban, sajak, syair dan sebagainya merupakan alternatif hiburan Islam yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat Islam. Walau bagaimanapun, setiap hiburan perlulah mengikut garis panduan yang dibenarkan di dalam Islam agar tidak terpesong atau melalaikan.

Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Malam Simfoni Keseniaan Islam, warga ILIM telah menyaksikan persembahan teater hebat oleh 30 orang peserta Diploma Pengurusan Islam (DPI) siri ke-2  yang dipersembahkan di pentas Dewan Datuk Mohd Shahir ILIM pada 8 Mac 2012. Persembahan teater tersebut mengisahkan kisah hidup Rasulullah SAW bersama puak Arab jahiliah yang menentang baginda serta keperitan yang diharungi baginda di dalam menyebarkan syiar Islam agar luas melata di bumi Allah.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu YBhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan mewakili Ketua Pengarah Jakim. Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI, YBhg. Dato’ Che Mat bin Che Ali serta Pengarah ILIM, Hajah Pauzaiyah binti Haron dan Timbalan Pengarah, Hajah Zainab bin Ab Rahman. Turut menyerikan dewan ialah kehadiran warga ILIM bersama ahli keluarga masing-masing serta pelajar-pelajar dari sekolah yang berhampiran.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin dengan 3 kali pukulan gong. Di dalam ucapan, beliau mengucapkan syabas kepada kesungguhan para peserta DPI mengendalikan majlis tersebut. Beliau mengalu-alukan pertunjukan kesenian yang megetengahkan konsep Islam agar umat Islam mendapat panduan bentuk-bentuk  hiburan yang dibenarkan di dalam Islam. Beliau turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang dijemput pada malam tersebut.
Majlis pada malam tersebut juga telah diserikan dengan persembahan nasyid yang dianggotai oleh pelajar Darul Quran, Jakim yang mendendangkan 4 lagu nasyid yang harmoni. Sebelum berakhir, majlis diserikan pula dengan acara  cabutan nombor bertuah yang menceriakan suasana dewan.

Majlis ini ternyata berjaya mencapai objektifnya di dalam memantapkan kefahaman umat Islam tentang  perjuangan Rasulullah SAW. Selain itu, melalui majlis ini juga,  penganjur ingin menonjolkan bentuk kesenian yang diharuskan di dalam Islam agar menjadi panduan kepada masyarakat di samping mampu mewujudkan ukhuwah silaturrahim di antara warga ILIM dengan para tetamu yang hadir pada malam tesebut.

Sebelum itu, telah berlangsung sesi ceramah Maulidul Rasul yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri yang menyentuh tentang dakwah Rasulullah SAW di Dewan Datuk Mohd Shahir sebelum acara perasmian bermula.
MalamKesenianIslam11
MalamKesenianIslam12
MalamKesenianIslam13
MalamKesenianIslam15
MalamKesenianIslam16
MalamKesenianIslam17
MalamKesenianIslam18

MalamKesenianIslam20
MalamKesenianIslam21

Jom masuk pasukan beruniform

Kursus DPI ni bukan saja melatih para peserta menjadi  PHEI malahan memberi pendedahan dalam pelbagai situasi kerja yang dilalui oleh pasukan beruniform seperti PDRM dan ATM......jom kita lihat pengalaman manis peserta-peserta DPI ni menjadi POLIS dan TENTERA




Sebelum bertolak ke maktab PDRM Cheras


Setelah direkrut 



Sesi latihan menembak

Riak gembira selepas ujian menembak


Operasi Jalan Raya



Wira dan wirawati DPI


Tuesday 24 April 2012

Karnival Sukan ILIM-JAKIM


Ketua Pengarah JAKIM rasmi karnival sukan DPI ILIM

Ketua Pengarah Jakim, YBhg. Dato’ Othman bin Mustapha hadir ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi merasmikan Karnival Sukan Diploma Pengurusan Islam (DPI) siri ke-2 pada 31 Mac 2012 (Sabtu). YBhg. Dato’ Othman bin Mustapha hadir diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunnan Insan) Jakim, Tuan Haji Razali bin Shahabudin telah disambut oleh Pengarah ILIM, Hajah Pauzaiyah binti Haron, Timbalan Pengarah, Puan Zainab binti Ab Rahman, kakitangan ILIM serta para peserta Diploma Pengurusan Islam (DPI).
Dalam ucapan perasmian, Ketua Pengarah Jakim mengucapkan tahniah di atas penganjuran Karnival Sukan yang dirancang sepenuhnya oleh para peserta Diploma Pengurusan Islam. Kebolehan dan keupayaan para peserta DPI menganjurkan program karnival sukan untuk warga Jakim dianggap sebagai satu kejayaan yang besar kerana mampu membahagikan masa di dalam kesibukan mengisi jadual penuh kursus Diploma Pengurusan Islam yang berlangsung selama 6 bulan.
YBhg. Dato’ menambah bahawa setiap Pegawai Hal Ehwal Islam perlu ada ketahanan fizikal dan emosi untuk mendukung sikap ‘orang agama’. Setiap tugas yang diamanahkan perlu direkod untuk rujukan dan maklumat yang dapat membantu organisasi. YBhg. Dato’ juga telah mengumumkan, beliau mendapat maklumbalas bahawa peserta Diploma Pengurusan Islam siri pertama dilaporkan cemerlang dari sudut kerjaya dan sahsiah diri. Justeru, beliau meletakkan harapan tinggi bahawa peserta DPI siri ke-2 dapat mengekalkan status sebagai yang terbaik keluaran Jakim.
Acara karnival dimulakan dengan perasmian acara pertandingan tarik tali di antara pasukan kakitangan ILIM melawan peserta DPI yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Othman bin Mustapha. Seterusnya perasmian acara sukaneka untuk anak-anak kakitangan ILIM dan Jakim serta acara padang seperti pertandingan bola sepak dan bola tampar.
Selain itu, turut memeriahkan acara karnival sukan ini ialah acara memanah dan berkuda yang disertai oleh Ketua Pegarah Jakim dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim. Para pemenang, telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim.
Pada sebelah petang, acara disambung dengan pertandingan ping-pong, bola jaring dan sepak takraw. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang acara yang bertanding telah disempurnakan oleh Pengarah ILIM, Hajah Pauzaiyah binti Haron diiringi Ketua Penolong Pengarah, Pusat Pengurusan Undang-undang Islam ILIM, Ustaz Amran bin Awaluddin.
KP dan TKP(PI) JAKIM menaiki kereta kuda bagi merasmikan acara padang
Y.Bhg. Dato' Othman sedang membidik panah

Hajah Pauzaiyah, Pengarah ILIM turut cuba memanah

Monday 23 April 2012

Ahlan Wa Sahlan

Burung nuri terbang tinggi
Hinggap sebentar di pohon jati
Selamat datang ke blog kami
Moga ukhuwah sentiasa di hati